Selasa, 27 April 2010

Selamat Hari Ibu (^-^) 9 Mei 2010

MyCartopia.com Click here to get oneKasih ibu sepanjang hayat tidak terbalas dengan wang ringgit dan hadiah. Semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan ibu dengan balasan yang setimpal.....Amiin..Selamat Hari Ibu kepada ibuku, Pn Normah dan bagi mereka yang telah bergelar ibu di seluruh dunia...

Jumaat, 23 April 2010

Pertandingan Setem Remaja Asean Peringkat Kebangsaan 2007

Teringat balik peristiwa Pertandingan dan Pameran Setem Remaja ASEAN peringkat kebangsaan tahun 2007.......tahun PMR ! Disamping sibuk nak ulangkaji pelajaran dan menelaah untuk PMR, ada pula masa nak melibatkan diri dalam pertandingan ini. Aku lebih mengenali hobi mengumpul setem ini ketika berada di tingkatan 2......kira baru setahun jagung orang katakan. waktu itu, Cikgu Normah ada bawa orang kuat filateli dari Pejabat Pos Negeri Sembilan, Pn...

Ahad, 18 April 2010

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) !

Gerbang pintu yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke kem ini di pintu masuk kem Ini merupakan coretan yang kedua dan hari ini aku nak berkongsi pengalaman menyertai PLKN. Mengikut Akta Latihan Khidmat Negara 2003, kesemua pelajar lepasan SPM yang telah menerima surat keramat daripada Jabatan Latihan Khidmat negara kenalah mewajibkan diri mereka menghadiri program ini kecualilah bagi mereka yang mempunyai penyakit yang merbahayakan...tapi...

alhamdulillah, akhirnya tercipta sudah...

Pertamanya syukur ke hadrat ilahi dengan taufiq dan innayahnya blog ini dapat disiapkanHuhu....... dan dapatlah aku coretkan beberapa pengalaman manis, suka atau duka dan pengetahuan am untuk dikongsi bersama. Coretan pertama ini mungkin berkisar tentang kepentingan blog ini kepada para remaja. Walaupun terdapat segelintir orang mengatakan yang blog ini mendatangkan banyak kesan negatif, namun pada pendapat saya penulisan blog ini dapat memberikan banyak faedah kepada orang ramai khususnya remaja di mana mereka bolehlah berkongsi pengalaman, menulis...