Selasa, 18 Jun 2013

LAMA TAK BERSUA.. MACAM AYAT POST YANG LEPAS JE =)

Assalamualaikum, semua!! Dah lama tak bersua di alam blog... pada saat ini sudah hampir setahun saya memegang jawatan sebagai Mahallah Representative Committee (MRC) untuk Mahallah Uthman. Untuk pengetahuan semua, Mahallah Uthman merupakan salah satu kolej kediaman untuk pelajar lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) campus Gombak dan merupakan antara kolej kediaman paling lama di UIAM. Tugas utama bagi MRC ialah menjaga kebajikan pelajar-pelajar yang tinggal di Mahallah di samping mengadakan program-program yang bermanfaat dan dapat membina dan meningkatkan kebolehan insaniah ataupun lebih dikenali sebagai soft skill agar dapat melengkapkan diri pelajar yang bukan sahaja berjaya dalam akademik, bahkan cemerlang dalam kokurikulum dan aktiviti kemasyarakatan.

Insya Allah, sepanjang cuti semester ni saya akan berkongsi dengan anda aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh kuasa yang diberikan selama setahun ini.. 


Apa pun buat sahabat2 uiam yang akan bercuti panjang selama 3 bulan, saya ucapkan selamat bercuti.. Isilah cuti anda dengan perkara yang berfaedah dan kepada kawan2 yang akan meneruskan semester pendek ataupun yang sedang mengambil peperiksaan, saya doakan agar anda semua tabah menghadapi semester baru dan peperiksaan kelak... =)

# pada detik ini keputusan peperiksaan akhir semester 2, 2012/2013 bagi pelajar UIAM telahpun keluar... Alhamdulillah.. syukur lulus semuanya..=)