Selasa, 16 November 2010

SALAM AIDILADHA 1431H

Assalamualaikum semua!.... Salam Aidiladha diucapkan kepada semua umat Islam walau di mana anda berada.... Seperti yang diketahui umum, Aidiladha atau lebih dikenali dengan nama Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban disambut oleh umat Islam di seluruh dunia bagi memperingati pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S. dan anak baginda Nabi Ismail A.S. semata-mata untuk patuh dan taat kepada suruhan Allah...

Kemenangan, Kejayaan Dan Pengorbanan

Aidiladha disambut dengan meriah di kampung penulis iaitu Kampung Endah, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Sejumlah 22 ekor lembu akan dikorbankan oleh penduduk kampung ini pada tahun ini selepas solat sunat Aidiladha. Suasana di sini cukup meriah apabila penduduk-penduduk di sini berpusu-pusu ke kawasan penyembelihan.

ayahanda yang sedang mengagihkan daging-daging yang siap dilapah


siapa tak pernah tengok paha lembu?


berusahalah.....


semangat penduduk kampung yang bersatu padu

darah...darah....




Ahad, 24 Oktober 2010

semester baru....permulaan baru untuk memburu 3.8



Asslamulaikum... Sekadar melepaskan rindu menulis blog ni... Pertemuan dengan kengkawan di CFS ni selepas cuti semester sangat menyeronokan...Banyak kisah-kisah yang mereka bawa.. pengalaman masa cuti, keputusan semester lepas, dan lain-lain.


Minggu masuk minggu ni bukan sahaja membawa lembaran baru dalam kehidupan. Selain kena belajar subjek undang-undang yang baru, tugas sebagai komiti dalam raudhah festival cukup menyeronokkan... baru tadi selesai induksi rafest. 2 hari satu malam ini dapat memberi peluang kepada semua persatuan dan fscc sendiri menyiapkan segala kekurangan bagi mengadakan festival ini dengan meriah dan dapat diingati kepada semua warga cfs.....

Diharapkan permulaan baru semester ini dapt memberi semangat untuk terus mempertingkatkan CGPA agar tidak tercicir dari matlamat 3.8 dan ke atas.... insya Allah..

Sabtu, 26 Jun 2010

.::Hati::.

Huhuhu.....semenjak mendengar lagu ini, hati ini terasa seperti bersemangat semula untuk terus belajar kerana Allah untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan maruah agama yang kian lama terhakis...........


Di sini merupakan bait-bait lagu hasil komposer Sharon Poul dan lirik oleh Shuhaimi Baba yang dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza untuk tatapan dan hayati bersama......

Janji hati suara cinta sakti
Cinta agung dari jiwa ternyala
Janji tanah lahir aku cintai
Aku rela sama membela

Pengorbanan jangan dilupa
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa

Usah rajuk jauh hati rindu
Nafas lain haluan seketika
Aku rayu wira hati sayangku
Ini bukan mainan cinta

Pengorbanan jangan dilupa
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa

Janji jadi cinta
Pengorbanan jangan dilupa
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa
Bila janji terlukis indah
Usah lagi kau buru cinta
Aku serahkan hati asmaraku
Kini bebas hati bersatu
Ooooo hati.....




Jumaat, 4 Jun 2010

Taman Ilmu dan Budi- UIAM


Alhamdulillah......syukur kehadrat ilahi kerana dikurniakan nikmat yang melimpah luah.....walaupun tidak berjaya dalam biasiswa jpa yang lalu....aku bolehlah menarik nafas lega kerana telah menempatkan diri dalam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia...

Kalau nak difikirkan, aku rasa mungkin inilah hala tujuan aku yang telah ditentukan oleh Allah...kalau dapat biasiswa pun mungkin aku terpaksa tolak sebab hajat di hati nak buat undang-undang syariah......sebab JPA hanya tawarkan pengajian undang-undang di negara UK dengan Australia sahaja....jadi tak dapatlah nak buat undang-undang syariah....

Tanggal 23 hb Mei 2010....bermulanya langkah aku sebagai seorang mahasiswa di UIAM ini...bermulanya proses pendaftaran sehinggalah majlis angkat sumpah atau lebih dikenali
sebagai baiah, minggu taaruf di Pusat Asasi UIAM atau CFS IIUM ini berjalan dengan baik....terasa seperti berada di Tingkatan 1 di SMAPL dulu.....brothers kat sini baik-baik belaka...layanan yang diberikan m
emuaskan..

Soal Mahallah (atau kolej bagi universiti lain), bagi aku dah mencukupi.....selesa pun ye, makan pun bolehlah murahnye.........asal boleh menampung belanja duit poket...Minggu orientasi boleh dikatakan masa berbulan madu.. Kenapa? Sebab waktu ni sajalah kita boleh berkenal-kenalan, tak ada kelas lagi.....siap ada konset lagi waktu malam kebudayaan...(culture night).

Tapi bagi sesiapa yang baru nak masuk ke CFS IIUM ni, kenalah bersiap sedia dengan
pengetahuan bahasa arab dan bahasa inggeris
anda...nak tahu kenapa? sebab kena ambil periksa lah bagi kedua-dua subjek ini dan ia akan menentukan tempoh anda berada di CFS IIUM ini....jadi bersiap siaga lah ye.....



Bersama dengan kawan-kawan SMAPL yang turut melanjutkan pelajaran ke CFS IIUM ketika majlis baiah di Padang CFS IIUM Petaling Jaya

Nampak tak huruf CFS ?

Inilah Mahallah Umar Al Khattab yang tersenggam indah........tempat pendaftaran pelajar lelaki


Jadi, berakhirnya minggu taaruf, maka bermulalah pengembaraanku di bumi CFS IIUM untuk mencari ilmu duniawi dan ukhrawi.....UIAM sememangnya sebuah universiti yang menarik dan unik kerana turut menyelitkan bidang agama, bahasa dan ICT di samping bidang yang kita pilih... Akhir kalam untuk kali ini....doakan aku dan kawan-kawan yang lain berjaya dalam menempuh hidup kami sebagai seorang mahasiswa di CFS IIUM dan seterusnya UIAM di kampus Gombak dan Kuantan....Senyum selalu!

Selasa, 27 April 2010

Selamat Hari Ibu (^-^) 9 Mei 2010

Send this free eCard
MyCartopia.com Click here to get one

Kasih ibu sepanjang hayat tidak terbalas dengan wang ringgit dan hadiah. Semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan ibu dengan balasan yang setimpal.....Amiin..

Selamat Hari Ibu kepada ibuku, Pn Normah dan bagi mereka yang telah bergelar ibu di seluruh dunia

Jumaat, 23 April 2010

Pertandingan Setem Remaja Asean Peringkat Kebangsaan 2007

Teringat balik peristiwa Pertandingan dan Pameran Setem Remaja ASEAN peringkat kebangsaan tahun 2007.......tahun PMR ! Disamping sibuk nak ulangkaji pelajaran dan menelaah untuk PMR, ada pula masa nak melibatkan diri dalam pertandingan ini. Aku lebih mengenali hobi mengumpul setem ini ketika berada di tingkatan 2......kira baru setahun jagung orang katakan. waktu itu, Cikgu Normah ada bawa orang kuat filateli dari Pejabat Pos Negeri Sembilan, Pn Hadzarah....tapi dia biasakan dirinya...mama... dan tertubuhnya kelab setem di sekolah....tapi di bawah kelab sejarah (kiranya tak rasmi lagi jadi sebuah kelab di sekolah)...

Huhu....nak dijadikan cerita, aku fikir semua ini rezeki daripada Allah, aku terpilih untuk menyertai bidang ini. ia bermula apabila tetiba saja ayah dan ibu datang ke sekolah waktu rehat.....tunjukkan surat daripada Jabatan Muzium Malaysia yang mengelola pertandingan ini....dan dari sinilah bermulanya episod terjerumusnya aku ke dalam 'stamp exhibition' ini....

Inilah beebrapa gambar yang diambil ehsan daripada blog Persatuan Filateli Malaysia (PSM) ketika berlangsungnya majlis perasmian pameran setem di Perpustakaan Negara Malaysia yang dirasmikan oleh KSU Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) :::



















Ahad, 18 April 2010

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) !

Gerbang pintu yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke kem ini di pintu masuk kem
Ini merupakan coretan yang kedua dan hari ini aku nak berkongsi pengalaman menyertai PLKN. Mengikut Akta Latihan Khidmat Negara 2003, kesemua pelajar lepasan SPM yang telah menerima surat keramat daripada Jabatan Latihan Khidmat negara kenalah mewajibkan diri mereka menghadiri program ini kecualilah bagi mereka yang mempunyai penyakit yang merbahayakan...tapi rugi kalau dah terpilih masuk ke plkn tapi saja-saja nak tarik diri atau yang mempunyai penyakit.Nak tahu sebabnya.....bacalah sampai habis...

Pengalaman berada di Kem PLKN Warisan, Masjid Tanah, Melaka memang tak boleh dilupakan. Dengan kedudukan kem ini yang terletak di kawasan tebing Sungai Linggi dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan menggamit memori indah buat selamanya untuk dikenang. Jadi kalau yang termasuk dalam senarai nama pelatih PLKN, janganlah menangis atau melolong sebab kena pergi ke PLKN. Huhu...sambutlah seruan kerajaan ini dengan hati yang terbuka sebab mungkin ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku..

Jadi, hari ini nak bercerita tentang Kem PLKN Warisan yang aku tinggal dalam masa lebih kurang dua bulan 9 hari....bagi yang dapat kumpulan 1, tempoh masa PLKN bagi kumpulan ini tidaklah sepenuh 3 bulan yang dialami oleh pelatih-pelatih dalam kumpulan 2 dan 3 sebab PLKN bagi kumpulan ini akan tamat sebelum keluarnya keputusan SPM kalau diikiutkan kebiasaannya. Jadi beruntunglah yang dapat kumpulan 1. Oklah, berbalik kepada kem yang aku tinggal ini samalah seperti kem-kem yang terdapat di Malaysia dari segi kemudahan dan prasarana yang disediakan. Namun yang berbeza adalah kem ini terletak bersebelahan dengan Sungai Linggi...jadi ada masanya bolehlah nampak burung bangau yang berterbangan di atas sungai pada waktu subuh dan maghrib, ikan belacak bagi yang tak pernah tengok ikan itu dan biawak dari dekat. Maklumlah....kalau yang tinggal di bandar..

Kem ini juga dikelilingi dengan kawasan pokok buah-buahan yang banyak.....cakap saja nak buah apa....ada buah durian, manggis, jambu, kelapa, dan sebagainya tapi bertuahlah bagi pelatih-pelatih yang ada ketika musim buah-buahan tersebut.Perrrhhh.....terliur dibuatnya...

Emmm..., perkara berkaitan dengan pemandangan di kem ini lihatlah beberapa gambar yang diselitkan di bawah (^-^)


Kolam untuk latihan air


yang ini astaka di padang kawat......
(gambar diambil sebelum perarakan tamat latihan)



klinik...tapi digelar 'medic' bagi warga kem ini



kelas untuk kelas cb dan kewarganegaraan

alhamdulillah, akhirnya tercipta sudah...

Pertamanya syukur ke hadrat ilahi dengan taufiq dan innayahnya blog ini dapat disiapkan
Huhu....... dan dapatlah aku coretkan beberapa pengalaman manis, suka atau duka dan pengetahuan am untuk dikongsi bersama. Coretan pertama ini mungkin berkisar tentang kepentingan blog ini kepada para remaja. Walaupun terdapat segelintir orang mengatakan yang blog ini mendatangkan banyak kesan negatif, namun pada pendapat saya penulisan blog ini dapat memberikan banyak faedah kepada orang ramai khususnya remaja di mana mereka bolehlah berkongsi pengalaman, menulis jurnal mahupun ilmu yang bermanfaat sesama mereka. Tidak ketinggalan, mereka juga boleh berkarya dan melibatkan diri mereka dalam penulisan seperti jurnal dan sebagainya. OK lah,ini saja yang dapat dicoretkan dalam coretan yang pertama lagi. Wasalam.